Cerita kat bawah ni aku jumpe kat blog seseorang yg aku pun baru follow her blog, stumbled somewhere and thank you for let us read your blog.
Actually dia ni kwn to mygf, so i do not her directly. However, she just have a baby boy recently, so i decided to follow her blog due to her sharing entries related to her pregnancy & other stuffs
Al-Fatihah buat adik Muhammad Azam Zuhaily dan Muhammad Azam Zuhairy yang telah kembali ke rahmatullah. Mereka adalah kembar yang aku dan isteri tunggu sekian lama. Kelahiran mereka pada 31 Mei 2009 sangat tidak diduga kerana baru genap enam bulan usia dalam kandungan.
Jam 9.15 minit pagi isteri mengadu sakit dan terasa seperti ada sesuatu di bahagian sulitnya, aku meneliti dan sangat terperanjat menyaksikan seakan kepala seorang bayi seakan mahu keluar dari situ.
Terus aku pecut encik getz ke hospital putrajaya yang jaraknya hanya 15 minit dari rumah kami tetapi terasa seperti 15 hari jaraknya ketika itu. Setibanya di hospital terus ke labour room dan isteriku dibawa masuk. Aku mahu ikut tapi tak dibenarkan kerana sebab yang malas aku nak pertikai.
Muhammad Azam Zuhaily selamat dilahirkan selepas lima minit isteriku dibawa ke bilik bersalin tetapi nyawanya sudah tiada, menurut doktor arwah sudah lebih 24 jam meninggal.
Muhammad Azam Zuhairy menyusul dengan penuh harapan dari setiap doktor dan missy agar dia dapat menyambung perjuangan, sudah pasti harapan aku dan isteri lah yang paling tinggi. Dia berjuang dan terus berjuang sehingga lah pada malam tadi, dia sudah mula keletihan kerana paru paru yang masih belum matang seakan kehabisan tenaga untuk mengepam oksigen masuk kedalam jantung. Jam 9 malam aku tiba di tempat dia ditempatkan dan ketika itu jantung aku yang berdegup kencang kerana melihat doctor mengepam oksigen secara manual kerana mesin yang digunakan tidak lagi berkesan kerana hanya separuh oksigen dapat masuk ke ruang paru parunya.
AKu terus menunggu sambil membaca yasin hingga lah ke jam 11 malam bila doktor mengarahkan aku pulang kerana mereka mencuba sedaya yang mampu untuk menyelamatkan Zuhairy. Sebelum pulang aku sempat mengusap ubun ubunnya sambil memberi kata kata semangat.
Tak sampai setengah jam dirumah, doktor pakar yang turut bergegas ke hospital menghubungiku agar segera ke hospital. Terus terang sepanjang perjalanan aku terasa hiba dan menangis. Setiba di hospital aku berlari ke wad dia ditempatkan dan setibanya disana doktor memaklumkan paru parunya semakin lemah tetapi doktor masih bertungkus lumus berusaha. Jam menunjukkan 12 tengah malam dan aku masih menaruh harapan dan tak jemu membaca yasin sambil menjeling ke skrin yang memaparkan degupan jantungnya yang semakin lemah.
Aku rasa amat tersentuh bila dia memberi reaksi setelah aku turut berada dibilik rawatan dan membelai sambil bercakap dengannya. Dari keadaan meronta ronta sebelumnya, dia seakan akan rasa tenang bila mengetahui aku disisinya. Tetapi dia tetap semakin lemah.
Jam 1 pagi doktor seakan memberi hint yang usaha mereka tak berhasil. AKu meminta sedikit masa untuk mengambil isteri tersayang kerana tak mahu merasa ralat di kemudian hari kerana si ibu tak berpeluang menatap wajah anaknya buat kali terakhir.
Memecut balik rumah dan ke hospital semula dalam masa tak sampai 30 minit.
Setibanya di bilik rawatan bersama isteri dan parentsku, kami terus menjenguk Muhammad Azam Zuhairy yang sangat lemah. Rasa mahu gugur jantung melihat keadaannya tapi aku gagahkan diri. AKu dan isteri menegurnya walau kami tahu dia sudah tak sedarkan diri. AKu hanya mampu membisikkan kalimah syahadah kepadanya dan dalam masa sama jantungnya terus berhenti berdenyut. Seakan tersenyum arwah kepada ibu dan ayah yang tak sempat didakap apatah lagi nak bermanja.
1.50 pagi, Muhammad Azam Zuhairy menghembuskan nafas yang terakhir. Mungkin dia tak mahu menyusahkan kami dengan keadaannya. Mungkin juga dia mahu membantu adiknya Muhammad Azam Zuhaily di alam sebelah sana. Dia memang abang kerana saiz dan keaktifannya dalam kandungan. Tapi dia berusaha selamatkan adik, mungkin sebab itu dia keluar kemudian.
Apa lah daya kami selain menerima takdir ketentuan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang. Kami redha walau berendam air mata. Semoga mereka bersemadi dengan aman di syurga yang dijanjikan buat mereka. Moga mereka tak lupa mendoakan ibu mereka segera sembuh dan menguatkan semangat. Kerana airmataku senang benar berderaian bila mengenangkan keadaan isteriku yang sudah kehilangan insan yang sangat rapat dengannya dalam tempoh enam bulan itu. Begitu juga aku. Sayu tapi aku tetap redha...
Akan bersambung lagi bila sudah benar benar ada kelapangan. Sekadar singgah kerana mahu beli tiket secara online buat ayahbonda. Arwah Muhammad Azam Zuhairy selamat disemadikan jam 3.30 petang tadi disebelah kubur adiknya, Muhammad Azam Zuhaily.
Kita yg were not in this situation pun, could feel the sadness that both of this parents had kan. Takpela, redha jela dgn pemergian mereka.
to someone whom i know here and maybe you've read this you know who you are, jgn sedih ingat arwah eh babe. Ur strong enuff and you'll be having the 2nd one soon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment