Since it's about 3 weeks to go for my nikah..recently heard few ppls was telling me about this pantang larang. Bila dah few orang yg bertanye sure pelik and myself pun nak tau about it. Century ago yes ini dinamakan petua zaman dulu..but it's an IT world now. zaman dah berubah..adakah ianya masih dipraktikkan?
Let's check out what are the do's and don't _______________________________________________________
APAKAH anda sudah bertemu pasangan yang serasi dengan diri anda?
Bagi yang bertunang atau bakal bergelar raja sehari, ada banyak pantang larang yang harus diikuti.
Dalam masyarakat Melayu, sebaik ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu.
Apa yang ditetapkan harus diikuti demi kebaikan diri mereka. Orang Melayu yang terkenal dengan adat resamnya yang tinggi mempunyai amalan tertentu untuk kebaikan semua pihak.
Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi satu budaya masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin masa kini jarang mengamalkan petua itu, tidak rugi jika ia diikuti.
Cuba selami betul-betul supaya anda dapat mendalaminya. Jika anda merasakan ia bersesuaian, mungkin anda bersetuju dengan apa yang dikemukakan. Jika sebaliknya, abaikan saja.
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.- i still seeing amir lately due to duties to settled..how-lah? Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik- still doing it due to unfinish business
Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis - i am beside skang musim orang sakit & demam
Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama- just ate cheesecake for breakfast..:)
Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi - agreed
Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)- cannot. i eat like madness
Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan- tak buat coz tak sempat. in 2wks time baru nak pegi spa
Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga- so not
Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin. Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari- trying
Elakkan minum minuman keras dan merokok.- no no
Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.- i tried..sometimes need sunshine
Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan- takleh blah mkn jamu
Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil- saya mkn hentamje..smua pun mkn. nak berisikan lagi bdn yg sekeping ni
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri)- since past 3 mths dah mcmni
Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat- trying to be a good gal
Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul- just trim hair semlm..takpe 3 weeks to go
Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati. Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi- so true
Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka- ok will not do that
Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung. Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.- happens all the time kan
Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar- patutla byk yang berkata begini padaku Happy learning
No comments:
Post a Comment